Rabu, 9 Mei 2012

Indahnya Cinta

Cinta mereka,bukan sekadar cinta nafsu nafsi,atau sekadar cinta sepasang manusia yang saling jatuh hati atau cinta insan takut berdiri mengharunggi hari.Cinta mereka,adalah cinta yang wujud kerana cintakan penciptanya,yang hadir kerana mengagumi keindahan ciptaan tuhannya yang terbit dari rasa keinsafan melihat ketinggian cinta kepada khaliqnya.Cinta mereka,berjalan atas landasan jihad,melangkah diatas laluan taqwa serta bernaung dibawah rahmat dan keredhaan pemiliknya.Cinta mereka adalah cinta manusia biasa yang ada khilaf untuk diteladani,ada kasih hanya ALLAH sahaja yang dapat membatasi,dan ada pasrah menerima ketentuan ILLAHI.Cinta mereka ada yang diakhiri bahagia,ada juga kisah yang diakhiri air mata.Bukan kisah donggeng yang berakhir di jinjang pelamin,sebaliknya disemai oleh akad pernikahan dan disiram oleh rasa kesyukuran.Yang pasti wangian syurga dalam cinta mereka,wangian yang dikongsi bersama.